Tuesday, January 24, 2012

tAnPa nAmA- Bermulanya dengan ‘dia’ .. ku akhiri dengan ‘dia’ …~

Dengan lafaz Bismillah …

Salam blog .. tirai sem 01/yr3 berlabuh.. walaupun belum sepenuhnya ia berakhir , namun ceritera nya penuh dengan pelbagai persoalan . Mengapa kuanggap sem ini penuh dengan soalan..? kerana setiap bab-bab itu berlaku, seringkali ku bertanya .. ‘mengapa terjadi kepada diriku?’

Permulaannya dengan satu azam..untuk menggapai nikmat belajar..namun di tengah perjalanan, pelbagai konflik berlaku..walaupun bukan atas kehendak diriku,namun aku yakin, ia adalah sebahagian kesalahan diriku dan ini adalah satu amaran dariNya untuk ku.. aku terus menerus untuk bertahan, walaupun semasa aku bertahan pelbagai rasa terpaksa ku telan .

Dipertengahan sem pula timbul konflik yang sama walaupun ceritanya berbeza.. tapi bagi diriku sukar untuk aku selesaikan .Hanya masa yang akan menyelesaikan semua itu. Walaupun keimanan menyuruh diriku agar untuk bersabar, namun lapisan imanku yang nipis ini mudah terkoyak dengan suhu prasangka disekeliling. Ku cuba untuk melindunginya dengan perlindungan lirik-lirik cintaNya, aku sedikit sebanyak dapat melalui walupun tidak sepenuhnya ku selesaikan.

Di akhir cerita ini, masih lagi timbul konflik, saat-saat yang kurasa agak sukar untuk aku melalui..hingga timbul di hati ini, ‘aku perlukan dia’. Walaupun sukar untuk ku lafazkan, namun aku amat perlukan dia.

Kesimpulannya, walaupun sem ini menyimpan sesuatu yang amat duka, tapi aku yakin ia adalah sesuatu yang amat berharga sekali. Aku amat berharap agar aku dapat melaluinya ,, sehingga ke akhir episod yang akan datang ...

Nukilan rasa

iRmE134

1 comment: