Tuesday, January 24, 2012

tAnPa nAmA- Bermulanya dengan ‘dia’ .. ku akhiri dengan ‘dia’ …~

Dengan lafaz Bismillah …

Salam blog .. tirai sem 01/yr3 berlabuh.. walaupun belum sepenuhnya ia berakhir , namun ceritera nya penuh dengan pelbagai persoalan . Mengapa kuanggap sem ini penuh dengan soalan..? kerana setiap bab-bab itu berlaku, seringkali ku bertanya .. ‘mengapa terjadi kepada diriku?’

Permulaannya dengan satu azam..untuk menggapai nikmat belajar..namun di tengah perjalanan, pelbagai konflik berlaku..walaupun bukan atas kehendak diriku,namun aku yakin, ia adalah sebahagian kesalahan diriku dan ini adalah satu amaran dariNya untuk ku.. aku terus menerus untuk bertahan, walaupun semasa aku bertahan pelbagai rasa terpaksa ku telan .

Dipertengahan sem pula timbul konflik yang sama walaupun ceritanya berbeza.. tapi bagi diriku sukar untuk aku selesaikan .Hanya masa yang akan menyelesaikan semua itu. Walaupun keimanan menyuruh diriku agar untuk bersabar, namun lapisan imanku yang nipis ini mudah terkoyak dengan suhu prasangka disekeliling. Ku cuba untuk melindunginya dengan perlindungan lirik-lirik cintaNya, aku sedikit sebanyak dapat melalui walupun tidak sepenuhnya ku selesaikan.

Di akhir cerita ini, masih lagi timbul konflik, saat-saat yang kurasa agak sukar untuk aku melalui..hingga timbul di hati ini, ‘aku perlukan dia’. Walaupun sukar untuk ku lafazkan, namun aku amat perlukan dia.

Kesimpulannya, walaupun sem ini menyimpan sesuatu yang amat duka, tapi aku yakin ia adalah sesuatu yang amat berharga sekali. Aku amat berharap agar aku dapat melaluinya ,, sehingga ke akhir episod yang akan datang ...

Nukilan rasa

iRmE134

tAnPa nAmA- MENCARI SAKINAH

dengan Lafaz Bismillah ..

Salam Blog ...

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini ..

Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..

Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya-sebenarnya…

Ramai orang..tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya

Selalu orang mengaitkan ketenangan itu.. mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta.. dengan faktor kekayaan

Walaupun itu boleh menjadi penyumbang… tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..

tidur di atas katil yang empuk.. tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak

Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk..tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya

Kata Hamka, lihatlah bagaimana allah membahagi-bahagikan nikmat

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumanh besar..ada makanan yang sedap..tentulah hidupnya bahagia dan tenang.Belum tentu!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan allah swt..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekaipun

Jika Allah uruskan urusan kita..dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita .. walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa..tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas.. kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..

Tuan-tuan tengoklah di dunia ini..kadang-kadang tuan-tuan .. manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia .. kadang-kadang macam dia hilang segalanya-galanya. Saya nak sebut tuan-tuan berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat!

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan baik..

Ketika kita ditimpa musibah tertentu..kita kata, “Habislah aku kali ni” , tapi usia kita telah berjalan, ,kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini..

Ketika itu, “ Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah “ .. Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu..

Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur.. dia atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

[Ali-Imran (3):173]

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka, nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau. Nun orang nak ambil tindakan kepada hang. Nun orang nak ambil tindakan kepada kau. Nun ada orang nak bertindak kepada kau. Kata Allah iman dia tambah. Bukan kita kata, Pasal apa lah Allah benci aku?Apa lah dosa aku? Tidak-tidak! Kata Quran iman mereka bertambah.Mereka kata..cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan

Pengalaman sering mematangkan kita..

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insane bulaat kepada ya rabb.. “ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas..

Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim “Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini..Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini..Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga..dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya..”wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “ Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa cerita derita.

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segala yang nikmat Allah massukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka..lalu dikeluarkan dia..”pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?” Dia kata, “ Tak!aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini” hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar..

Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak, tapi apabila suatu hari dia sakit kaki, dia kata “ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik. Dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan, nikmat sihat. Kata Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita,yang ada ini harapan kita,tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada!”

Bersyukurlah wahai diri ini..

Sebab itu sebahagiaan para sarjana menyebut, ‘syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar’. Ramai orang terpaksa sabar,tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah nak kata apa? “sabar je la,nak buat apa”

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan, syukur di atas nikmat..”ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu daripada kurnian daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran, Subhanallah..Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya

[Ibrahim (14):34]

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu..tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,kita akan rasa Masyaallah hidup ini, apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih harapan kita sebenarnya. Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan,tempat tuan-tuan dilahirkan,rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini.masyaAllah..Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Pesanan Nabi buat umatnya

[At-Taubah (9):40]

Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia, ketika salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi da Abu Bakar ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah) ketika dia berkata kepada sahabatnya “Jangan bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita!”