Wednesday, September 26, 2012

aku suka kamu..


" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s

Tuesday, September 25, 2012

tAnPa nAmA - alhamdulillah..switch on the phase ^^

dengan Lafaz Bismillah ... 
Salam belog ^^

First of all ....
Terima kasih Allah .. ^^

Alhamdulillah , Terima kasih Allah sebab memberi rezeki kepada hamba ini ... aku diterima untuk bekerja di salah sebuah syarikat di kajang .. mnr architect langkah pertama aku dlm dunia bekerjaya ini ... mmg gembira sgt2 sbb aku dpt rasakan perih untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan bidang yang aku pelajari ini .. sabar adalah kekuatan aku selama 2 bulan aku menunggu saat ini.. rezeki ini insyaAllah adlh rezeki kedua orang tua ku jua ....

Mengimbau kembali saat aku ditemuduga pada kali pertama, Puan Shaliza iaitu ank perempuan kepada syarikat ini begitu berminat dengan ku semata2 kerana aku memiliki diploma civil engineering .. kali pertama aku berjumpa dengan beliau, aku rasakan dia begitu humble dan dedikasi ...

selama seminggu aku menunggu keputusan temuduga tersebut, aku lantas menghantar emel kepada puan shaliza untuk bertnya tentang status temuduga aku. malangnya masih dlm review lagi. selepas seminggu kemudian dia menghantar emel kpd ku dan menerima aku untuk bekerja dengannya pada 1 oct ini tetapi sebelum aku msk bekerja, dia meminta aku untuk berjumpa dengan director tertinggi iaitu puan hajah rokiah a.k.a ibunda beliau.

pertemuan kami di tetapkan pada selasa 25hb, pukul 10 pagi. puan hajah rokiah tidak masuk ofis pada hari tu.aku trus meminta keizinan utk dtg ke rumah beliau .. byk yang kami kongsikan sehingga 2 jam aku berada di rumah puan hajah tersebut...sungguh aku tak sangka.. apa yang aku lihat, puan hajah mengharapkan product baru dr syarikat beliau sendiri dan product tersebut mestilah dtg dr pekerja perempuan. walau gentar saat dia meletakkan harapan yang tinggi pada diriku .. mmg aku sgt2 risau..bolehkah aku menunaikan permintaan dia? 

di sebabkan aku perlu kan kerja utk memulakan fasa baru dlm hidup ku ini..aku lantas bersetuju menerima tawaran dia ,secara tidak langsung aku berjanji utk menjadi harapan yang dia inginkan..

hurmm .. entahlah..confidentlity itu mmg dtg mcm kelip2 dlm diriku..tp berbekalkan wajah ayahibu, doa mereka, aku yakin aku dpt meneruskan cita2 ku di syarikat tersebut. Ya allah, bantulah hambamu ini ..ameen.. aku harap dengan pengalaman yg lepas sepanjang aku hanya menjadi pelajar, dpt ku gunakan pada waktu kerja kelak .. 



muhaahaahahahaa...sgt skema coretan .. ~ begins to matang women girl .. wish luck for me ^^ aku suka kamu .... ~ 

wassalam..
iRmE134

Thursday, August 9, 2012

tAnPa nAmA : mAsA dEpAN


dengan lafaz Bismillah ....
salam belog ..

malam semua .. heheh... pagi yg buta ini dengan berbekalkan mata yang tahan tidak mengantuk.. aku mahu membebel sket...hahah...xmo dgr close belog aku..hade haku hesah? huh!

s00ry .. bkn nak kasar pun .. tp mmg betul xske better la ttp.. xde la pe2 yang tersakit terase ketika membaca belog aku ni ^^ xpaksa pun okeh ..

oritee~ jgn buang masa .. tajuk entry kali ini adlh mengenai MASA DEPAN ... korg ada terpikir x masa depan korang mcm mana? erm.. kdg2 nk pikir ni complicated kan .. aku pun skunk tgh pikir.. pe masa depan aku nti..masa depan ni mesti related dgn masa yg AKAN kita lalui dan berkadar langsung dengan umur...


selepas bln jun aku tamat pengajian .. aku dah terpikir nak buat apa .. 1st sekali aku dah terpikir nk kerja.. alasan aku adlh sbb nk tampung adik2 aku n parents aku yg dah bersara ...sebnrnya..aku ada pasang niat gak nak smbg dlm dgree civil dan juga part 2 archi..tp spt biasa ia melibatkan masa kan..? bg aku masa adlh amt penting sekali..wang tidak menjadi satu kekangan sbb wang buleh di cari..tetapi masa?

cita-cita aku ingin menjadi seorang jurutera yang lead org bwhn .. aku suke jadi director...tapi setelah menanam cinta di archi ni..aku mula mahu jadi arkitek .. entahla .. dalam delima sekarang .. bile aku cite planning ni kat kengkawan ..ramai kata aku GILA ! sbb dlm planning aku xde pun selit psl kawen .. ye lah..org dok skunk invite event kat fB .. aku plk dok pikir psl nk keje ,smbg blaja,smbg blaja ... ektuali .. SAPE TAK NAK KAWEN OI!!!!!!!!!!

ok.cover sket..ehem ehem ... psl jodoh tu .. aku mmg bulat2 da serah pd Allah .. mmg aku dah putus harapan .. dulu aku pernah suke kat seseorang but he's not like me.. then when my feeling appear again for someone i closed , i rse enough la..mmg sakit..so aku rasa biarkan perasaan itu berlalu .. da mls.. kalo dia tau tak psl2 hbgn aku n dia terputus mcm yg lepas.. so biarlah rahsia .. Allah kno the better for me ^^ ..so pasal JODOH aku xde senarai sgt.. biar lah di terselit dlm masa aku merancang MASA depan aku ni dlm waktu yg sesuai .. ameen ^^

" walaupun hati kita cakap xnak pikir...tapi minda kita selalu tertanya..sebenarnya ....sape la pemilik tulang rusuk ini ... T_T .. tapi kita yakin dgn janji Allah ^^ "

pelemPANG !!!!!! kembali kepasa tajuk entry ...so, fokus pada masa depan .. kerja vs smbg belajar .. nak tak nak..aku kena choose samada aku nk go through arkitek..o aku kejar engnr .. mana leh tamak derr.. so aku kena ptskan mana satu yg sesuai dgn aku ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku harap aku dapat di beri petunjuk yg mana satu jln cerah utk aku..aku mahu bls jasa ayahibu serta memberi kehidupan yg lebik baik kepada fmly aku sendiri ...
ya Allah permudahkanla.....ameen..


thank you Allah ..

wasslam .. selamat malam

tinta dari iRmE134


Tuesday, August 7, 2012

tAnPa nAmA : mAAf


dengan lafaz Bismillah.....

Salam belog~



Dah lama aku xcoretkan dalam belog ni ... b4 ni mmg la bz skit (mata ke atas) .. tapi di sebabkan kebusanan yang melanda tahap dewa ni , jadi aku try and error je menaip .. dlm pala hotak ni dok pikir pe yang aku nk bebel sengsorang dalam belog yang naif ni (mata ke atas sekali lagi) ...

b4 ni aku ada gak skodeng belog2 orang lain ... dan resultnya .. 'perghhhhhhhhhhhhhhh' .. so korang pahm2 je la mengapa aku mem'pergh' sedemikian rupa .. ~xpe la..belog aku tulils ni pun sesaje kan.. hahahah .. *pasan betul*

maafla..byk tol aku miss nak story mory... tapi di sebabkan kekangan masa .. aku xde masa nak bercoret dalam belog ni.. padahal byk je cite nak aku kongsi ... maaf sesangat ...

di sebabkan aku sedang meminta maaf sekarang.. aku ada la story berkaitan dengan maaf..kebetulan pulak sekarang buln ramadhan bulan mulia..tinggal seminggu lebih lagi nak raya..so seminggu lebih lagi la kita bermaafan ek.... (asal raya je ke nk bermaafan?)

dah menjadi tradisi pulak time raya je nak bermaafan .. time day by day xnak pulak..haish..insan insan ... sebenarnya .. aku sedang memikir tentang seseorang ni ... dia ni dah terima maaf aku ke ..? erm .. mesti pelik kan..cecite cecite.. nak cite la ni ..

cerita itu bermula di sini ......

di pendekkan cite .. aku knl budak tu time aku skull kat uitmpp dulu .. ms tu aku agk sengal gak la.. then d sbbkan course yg aku hamik ni ramai lelaki..maka harusla group aku ni xmeriah pompuan.. nak dipendekkan cite lagi aku knl bdk lelaki ini sem 04 .. then mula2 aku ske la kacau beliau.. aku pantang tgk bdk2 pendiam mcm aku ni ..erk so aku ske la usik musik .. then ntah cm ne .. usik punya usik .. tanpa aku sedar hati ku terusik sekali .. nak di pendekkan cite aku mula admire dia..nak dipendekkan cite bile dia tau je aku ske dia..dia nak xnak lyn aku je..aku mule2 terase la..asal dia ni kan..kwn2 je la..hati ske mana leh pakse .. sbb itu belakang cite .. tp dia lyn aku cm sadis la... pendekkan cite lagi .. sedar xsedar aku admire dia smpai la sem akhir .. gile kan .. mmg sadis la.. aku ni kalo da ske mmg setia..eceh! then aftr grad kami bwk haluan msg2 .. nak dipendekkan cite .. masa dia smbg blaja dgree , aku dgr dia da 'berkawan rapat' dengan seseorang .. keciwa? gile kentang xkechiwa .. ~ aku frust gak la bile dgr..tapi bluring cm ne nak menonggeng secara frust ... hahaha... tapi bile aku dgr, trus aku remove fren list dr fb aku .. hohoho.. kejam kan..yela..seorang gadis suci telah kechiwa... then di pendekkan punya cite .. satu hari tu aku meet ngn besfren aku .. beliau pun bkk cite ..

" Tan, ko remove dia ek dr frenz list fb ko? "

" eh,cm ne ko tau ni?" sambil buat muka comel ^^,
" dah dah la tu tan, xbaik ko buat dia cm tu,dia xsalah pun.cuba ko matang skit mcm aku "

" ala, aku tak sengaja la " perlahan je nada aku
" so, ko nak aku buat pe ni ? "

" ko mtk maaf kat dia, jelaskan perkara snbr.katakan yang ko mmg xsengaja. cite lama cite lama. then request nak kwn ngn dia semula "

aku terdiam ..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


atas nasihat besfren aku tu..aku mula la meng'fren' alik dgn beliau sambil mtk maaf ....

salam..

sory la kalo terrremove .. mengremove..diremove .. ko..kerana itu bkn sengaja .. huhu..

aku yg slh..so can we be frenz again..kalo sudi add la ek..^^ adios amigos..~


result nya ??????????????
.
.
.
.
.

.

.
.
.
.
.
.
.
.

still pending

ermm.. sebenarnya..apa yg aku harapkan agr dpt berkwn dgn dia semula .. itu je xde niat yang lain.. psl perasaan aku terhadap dia dah mmg xde .. sbb itu cerita lama..cerita lama di mana aku belum mahir lagi utk menguruskan perasaan aku tentang cinta.. kini aku rasa aku sudah dewasa dan dpt menilai ttg cinta dlm makna yang sebenar ...

kepada sahabat ku itu.. andai tak mahu approve aku pun xpe.. tapi sila maafkan aku ttg semua perkara yang dulu ..

oleh itu, selamat menjalani ibadah puasa & salam aidilfitri kepada saudara/i belog sekalian .. hehehhehe

wassalam

~tinta iRmE~

Thursday, August 2, 2012

tAnPa nAmA : weLkam bCk ~he

dengan Lafaz Bismillah....

salam bloggers .. ehem..dah lama xupdate blog..
actually.. byk yang nak di kongsikan .. pe2 pun tggu cite dr aku derr...~

wasSaLaM ;p

Tuesday, January 24, 2012

tAnPa nAmA- Bermulanya dengan ‘dia’ .. ku akhiri dengan ‘dia’ …~

Dengan lafaz Bismillah …

Salam blog .. tirai sem 01/yr3 berlabuh.. walaupun belum sepenuhnya ia berakhir , namun ceritera nya penuh dengan pelbagai persoalan . Mengapa kuanggap sem ini penuh dengan soalan..? kerana setiap bab-bab itu berlaku, seringkali ku bertanya .. ‘mengapa terjadi kepada diriku?’

Permulaannya dengan satu azam..untuk menggapai nikmat belajar..namun di tengah perjalanan, pelbagai konflik berlaku..walaupun bukan atas kehendak diriku,namun aku yakin, ia adalah sebahagian kesalahan diriku dan ini adalah satu amaran dariNya untuk ku.. aku terus menerus untuk bertahan, walaupun semasa aku bertahan pelbagai rasa terpaksa ku telan .

Dipertengahan sem pula timbul konflik yang sama walaupun ceritanya berbeza.. tapi bagi diriku sukar untuk aku selesaikan .Hanya masa yang akan menyelesaikan semua itu. Walaupun keimanan menyuruh diriku agar untuk bersabar, namun lapisan imanku yang nipis ini mudah terkoyak dengan suhu prasangka disekeliling. Ku cuba untuk melindunginya dengan perlindungan lirik-lirik cintaNya, aku sedikit sebanyak dapat melalui walupun tidak sepenuhnya ku selesaikan.

Di akhir cerita ini, masih lagi timbul konflik, saat-saat yang kurasa agak sukar untuk aku melalui..hingga timbul di hati ini, ‘aku perlukan dia’. Walaupun sukar untuk ku lafazkan, namun aku amat perlukan dia.

Kesimpulannya, walaupun sem ini menyimpan sesuatu yang amat duka, tapi aku yakin ia adalah sesuatu yang amat berharga sekali. Aku amat berharap agar aku dapat melaluinya ,, sehingga ke akhir episod yang akan datang ...

Nukilan rasa

iRmE134

tAnPa nAmA- MENCARI SAKINAH

dengan Lafaz Bismillah ..

Salam Blog ...

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini ..

Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..

Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya-sebenarnya…

Ramai orang..tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya

Selalu orang mengaitkan ketenangan itu.. mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta.. dengan faktor kekayaan

Walaupun itu boleh menjadi penyumbang… tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..

tidur di atas katil yang empuk.. tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak

Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk..tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya

Kata Hamka, lihatlah bagaimana allah membahagi-bahagikan nikmat

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumanh besar..ada makanan yang sedap..tentulah hidupnya bahagia dan tenang.Belum tentu!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan allah swt..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekaipun

Jika Allah uruskan urusan kita..dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita .. walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa..tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas.. kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..

Tuan-tuan tengoklah di dunia ini..kadang-kadang tuan-tuan .. manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia .. kadang-kadang macam dia hilang segalanya-galanya. Saya nak sebut tuan-tuan berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat!

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan baik..

Ketika kita ditimpa musibah tertentu..kita kata, “Habislah aku kali ni” , tapi usia kita telah berjalan, ,kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini..

Ketika itu, “ Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah “ .. Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu..

Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur.. dia atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

[Ali-Imran (3):173]

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka, nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau. Nun orang nak ambil tindakan kepada hang. Nun orang nak ambil tindakan kepada kau. Nun ada orang nak bertindak kepada kau. Kata Allah iman dia tambah. Bukan kita kata, Pasal apa lah Allah benci aku?Apa lah dosa aku? Tidak-tidak! Kata Quran iman mereka bertambah.Mereka kata..cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan

Pengalaman sering mematangkan kita..

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insane bulaat kepada ya rabb.. “ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas..

Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim “Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini..Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini..Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga..dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya..”wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “ Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa cerita derita.

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segala yang nikmat Allah massukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka..lalu dikeluarkan dia..”pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?” Dia kata, “ Tak!aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini” hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar..

Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak, tapi apabila suatu hari dia sakit kaki, dia kata “ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik. Dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan, nikmat sihat. Kata Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita,yang ada ini harapan kita,tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada!”

Bersyukurlah wahai diri ini..

Sebab itu sebahagiaan para sarjana menyebut, ‘syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar’. Ramai orang terpaksa sabar,tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah nak kata apa? “sabar je la,nak buat apa”

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan, syukur di atas nikmat..”ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu daripada kurnian daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran, Subhanallah..Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya

[Ibrahim (14):34]

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu..tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,kita akan rasa Masyaallah hidup ini, apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih harapan kita sebenarnya. Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan,tempat tuan-tuan dilahirkan,rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini.masyaAllah..Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Pesanan Nabi buat umatnya

[At-Taubah (9):40]

Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia, ketika salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi da Abu Bakar ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah) ketika dia berkata kepada sahabatnya “Jangan bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita!”