Thursday, November 17, 2011

tAnPa nAmA _ maaf.saya mmg suka berbicara ^^

dengan Lafaz Bismillah...

saLam bLog...

testing..testing... amik mood menulis seketika before aku nak buat keje...

tu dia!!!idea da mai da...ahaks! aku pelik la dgn diri aku sendiri ..
(eh?baru terasa ke..bkn selama ni mmg aku ni P.E.L.I.K ? )

aku ni mmg suka bebicara ke?or orang kata mulut becok..skunk ni laju je destop aku menaip menulis nth benda2 mengarut tapi tak tahu nak share pe kat korang..hahha..mcm kesimpulannya aku ni bkn je byk berkta-kata kat mulut..malah byk kata2 kat penulisan plak..bile pikir2 balik actually aku ni nk jadi pe harrr? dulu aku amik kos engine .. mcm nak jd engineer... (angan2 ku musnah) ...

skunk aku amik kos architecture plak..aku TERangan2 nak jadi architect...pergh!!! tinggi siot cita2 lebih tinggi dari ketinggian ku pulak... then skunk tgh pikir nk letak cita2 'tinggi' ni macam mana ... haish...sila menangisi sekarang ...
T______________T"

tapi bila pikir balik..aku ni suka menulis..nak jadi penulis ke..tapi aku seorang yang kurang atau lebih dikenali sebagai MALAS nak baca.. orang yang suka menulis ,haruslah suka membaca .. mcm arkitek jugak.. kalo orang yang suka nk jd arkitek..errrr .. harus kot suka melukis..
tet tet ..
(xnk berbicara psl arkitek da )
u-u"

tgk..aku da habaq awal2..pe yang aku tulis ni bkn mendatangkan maanfaat pun...haish ckp je byk..menulis pun byk mengarut..kasihan betul sape la yang selalu berada di sampingku selama ini kan? hahaha..mesti pendam rasa nak lempang semata sbb aku ni suka mengarut ...
tet tet
(asal error je minda ni )

ok..lupakan pasal perkataan 'tet tet' tu..lantak pi la..tapi coretan ni masih berjalan lagi..hahha..percaya tak aku masih lagi menaip .. tak berhenti ni..mukadimah 'BAPAK' panjangnya..ntah mende aku nk share pun aku tak tahu .. nk ckp pasal design siang tadi ?
errr... tet tet ...
(error lg..xleh cite psl design tadi la nampakya..)

actually aku nak mengajak korang muhasabah diri malam ni..haha..mau ke?
wink wink ~_^ ..
(eh mcm cahaya keimanan muncul je ni..kena kot topic berbicara kali ni)

jom la kita back to basic..ala..manusia biasa la..bila dah ada musibah skit baru nak muhasabah..baru je dapat 'kuiz' dari Allah.. dah mengelabah semacam trus berjanji nk berubah..

(err macam aku je ni)
T_T

dapat 'ujian' dari Allah lagi la ... mula rajin buat solat sunat la..bc Quran la..zikir la.

(errkk..aku lagi je macam ni)
Y_Y"

tu belom lagi dapat 'FINAL EXAM' ...hah time tu xboley nak ckp la..mmg confirm la 'buku-buku dunia' dah tak buley nk bwk masuk..nk mtk tolong talian hayat pun lagi la tak buley... then kesimpulannya..

so, untuk TIDAK mende-mende ni terjadi kat kita khususnya peringatan kpd orang yang menulis laju je ni (aku la kann..) , amik la konsep 'sentiasa bersyukur' ...

bersyukur ---> alhamdulillah --> segala puji bagi Allah ..
so, perbuatan yang paling mudah untuk kita bersyukur mestilah lepas makan then menyendawa dgn rakusnya..

bluuuweeeeeeeerrrrrrkkk
(aku agak2 je bunyi ni .. tapi aku sedawa secara santun ..^^)

secara tak langsung kita sebut 'alhamdulillah' .. even kita xsedar kita da berzikir..dah dapat pahala..easy kan..Islam tu kan mudah ^^, then bygkan kita makan 10 kali sehari..kita consistent sedawa setiap kali makan 10 kali bunyi berirama keluar, secara total 10x10 = 100!
seratus kali kita sedawa! haish ..bukan nak cite pasal sedawa..

so, 1oo kali kita bersyukur ---> alhamdulillah --> segala puji bagi Allah .. dalam masa sehari je.. bg sesiapa yang suka berfikir.. bila kita fahami maksud alhamdulillah secara tak langsung kita memuji keagungan ilahi dan bagi sesiapa yang suka merendah diri, kita akan melihat betapa kerdilnya diri kita sebagai hamba Allah dan bagi sesiapa yang suka bermotivasi, kita akan cuba untuk membaiki segala kekhilafan diri, dan bagi sesiapa yang sedar dia tu manusia, kita akan kembali semula pada yang asal .. tujuan,hidaf,matlamat,misi,visi,moto,falsafah seorang manusia sbg khalifah di muka bumi ni..so back to basic!!! then dari situ dgn mudah je kita dapat jawab 'kuiz','ujian', 'tutorial' , dan paling penting 'final exam' ...

so.good luck semua ..
kesimpulannya, kira konsep bersyukur tadi small small way je utk muhasabah hari ni ...action dengan cara sedawa .. actually byk cara kita nk bersyukur .. apa yang penting sekarang penyedaran kita sbg seorang manusia di muka bumi ini..maaf. aku mmg suka berbicara ttg mende-mende mengarut.. hope tak de yang terasa or tak senang dengan coretan ini...

yang indah itu datang dari Allah..^^

p/s: sila JANGAN sedawa secara berirama ke facade orang lain..nanti makian secara berender anda dapat ^^

~iRmE~



Wednesday, November 9, 2011

YA ALLAH,
Ajarkan aku MENCINTAINYA DENGAN SEDERHANA,
Ajarkan aku agar LEBIH PANDAI MEMENDAM CINTA,
Ajarkan aku untuk LEBIH MENCINTAI-MU dan KEKASIH-MU.

YA ALLAH,
JAGALAH AKU, dari DOSA DUNIA,
JAGALAH DIA dari DOSA CINTA,
AKU MENCINTAINYA kerana MU,
AKU RELA MELEPASKANNYA, apabila, ENGKAU KEHENDAKI.

AMIN

Tuesday, November 1, 2011

tAnPa nAmA _ " nak kahwin.."

dengan Lafaz Bismillah..

salam bLog...

"ayah, nak cakap ni... nak kahwin..tapi bapak dia suruh hantar tanda dulu..."
...aku duduk sebelah abang aku tersenyum..alhamdulillah..bertambah seorang lagi ahli Keluarga Bahagia...

"bila nak merisiknye..?"
ayah mula berbicara

"masa amik barang..akhir bulan sebelas ni.."
dengan nada yakin..ye la..dah dapat restu dari ibuayah..bahagia la beliau..nak kahwin katakan..

"elok sangat la tu..nanti masa kahwin buat sekali dengan kakak bertunang.." lancar ayah berbicara..

bertunang?haish!

"hah!kakak!dengar tak tu?kakak dah ada calon ke belom?"
ibu mula mencelah sambil tersenyum..

haish!ibu ni..agak2 la..saje je nak kenakan ak..
TT"

"insyaAllah, ada jodoh tu.." perlahan aku tuturkan..

gila!aku macam dah janji je nak bertunang sekali dengan majlis kahwin abang aku ni..
SENGAL!

mana nak cari calon ni!!!!!!

~pengsan seketika~

"kalau kakak bercinta sekarang,boleh tak ibu?"
"boleh!nak kahwin masa belajar sekarang pun boleh!ibu dan ayah sokong"
"betunang dulu pun takpe..ibu izinkan"
"kakak kalau boleh tak nak becinta sebelum kahwin,kakak nak bercinta selepas kahwin..ada lagi tak pemuda macam ni zaman sekarang?"
.....................

bukan aku nak menggedik..mahupun menggatal..aku dah nak neginjak ke usia 26tahun..sepatutnya masa usia aku sekarang..even aku tak kahwin sekalipun..aku dah ada calon..sampai sekarang..aku tak pernah bercinta!macam mana aku nak berbicara pasal kahwin pulak???!!!

aku tahu..ayah dan ibu bimbang tentang jodoh aku..tapi aku tak boleh buat apa-apa..
aku tak ada hak langsung..

jodoh ini..milik Allah..
rahsia Allah...

aku hanya berserah..
usaha?aku usaha dalam menjadi seorang isteri solehah..
buat masa sekarang..aku dah mula mempelajari ilmu tentang rumahtangga..
tapi tak la banyak..
sentuh mana yang perlu je..
huhu..
^^
sape tak bimbang ttg jodoh..aku sudah mula rasa kebimbangan..
lebih2 lagi sekarang adik perempuanku yang muda 2tahun dari aku sekarang sudah ada buah hati...

aku?
'buah hati ku adalah Allah'

entah la..kalau nak berbicara pasal jodoh ni..aku mengalah..tak de hujah..

MAAF~