Friday, December 30, 2011

tAnPa nAmA- aku ingat..

dengan lafaz Bismillah...

salam mr bLog..

aku ingat aku ni seorang yang tabah..rupanya bukan..masih lagi tersembunyi sifat kelembutan..akhirnya..semalam gugur air mata ini juga..sbb penat!!!!!

sekian

Tuesday, December 27, 2011

tAnPa nAmA- pesal hari ni ?...?

dengan lafaz bismillah...
salam blog...

'byk masa lapang ko !' 'eeuuuuwww.. ganasnya awak menjerit' .. 'buat design plez...' ..

biasalah..budak archi mmg selalu mcm ni..suka berckp sendirian..halusinasi org kate..hahaha... actually mmg kerja aku 'ramai' tapi aku xde hati langsung nak buat SEKARANG.. even sesape PAKSA secara kasar mahupun ganas pun aku tetap tak de HATI sekarang.. teringat member aku yg pas..beliau de mslh besar smpai xde mood lgsg nak buat kerja.. PUNG PANG PUNG PANG .. aku dok berleter kat beliau.. nsb baik beliau dengar secara comel..hahah..xde la serba salah.. aku dok tembak BANG BANG BANG kat beliau.. so skunk..pe la cite beliau..moga2 beliau sudah pulih ..

damn!! now aku kena plak apa yang dia rasa..masalahnya..aku ni takde pun pe2 masalah...haish...masalah betol.... sekejap lagi asar.. so..aku rasa aku kena ngadu pada kekasih aku..haish..pe la kena ngn aku ni.. xde SEMANGAT langsung nak buat kerja.. due date design semakin hampir.. tapi diri macam xSEDAR DIRI ....

aku rasa jiwa aku KOSONG .. apakah? xpe2 .. nanti baca Quran ..,insyaAllah tenang.. ya Allah ..jgn la bg ujian MACAM NI lagi..
penat
T______________T"

tapi xpe.. selagi hidup kita berTITLE kan MANUSIA.. kita mmg xdapat lari dari dugaan dan ujian dari Allah.. kan ?kan? kan? hahhaa... POSITIF nya aku ..!! ^^,) sonok jugak bebel kat belog ni..bebel untuk diri sendiri.. sape la baca sila like..hahaha.. PASAN ! ..

erm..aku rasa kan..aku rasa kan.. aku sedang MIANG sekarang.. kehkehkeh.. rasa GELI bulu hidung ... yela.. bkk page fb je pagi tadi.. aku dpt tau 2 org sahabat aku yang terdekat dah berTUNANG... adey ..
TT" cemburunya saya ...

tipooo la kalau aku xde PERASAAN nak BERCINTA mende tu kan lurah.. eh LUMRAH dan FITRAH ... tapi actually aku TAHAN je perasaan aku ni sbb aku takut perasaan aku ni terSALAH bagi kat orang yang BUKAN HALAL bagi aku ..

'Allah bg kita jumpa org yg salah b4 kita jumpa cinta sejati'

Aku xboleh pakai statement kat atas..kalo aku jumpa orang yang salah.. so aku bazir masa kecewa kat orang yang 'salah' la tu..
umr aku pun bukan 'MUDA' lagi nak buat error pilih pasangan pung!

hhahaa.. aku sedar umo aku ni da semakin tinggi..tapi atas kepercayaan pada Allah.. jodoh itu ttp ada .. aku ttp menunggu dengan SABAR .. sabar .. SABAR ..

orait?

hahah..harusla xorait pun.. iman aku ttp lemah .. TT "

so? macam mana aku rasa sekarang? da LEGA?
even tak sepenuhnya..at least sikit tu ada la..

rasa perlu SOLAT sekarang .. ok mr BELOG?

'aku tertanya2 siapakah pemilik tulang rusuk ini... dan aku mula merindui pemilik tulang rusuk ini..dan mulai hari ini..aku akan jatuh cinta dia kerana Allah..dan mulai hari ini aku mendoakan dia sentiasa mendapat rahmat dari Allah..dan mulai hari ni aku akan melatih diri aku sendiri menjadi bidadari dia yang paling dia banggai..dan mulai hari ini..aku akan setia pada dia..mulai hari ini..segala-galanya untuk dia..cinta aku yang pertama ini untuk dia.. mulai hari ini..'

^____^
(cepatla awak cari saya..siapa la awak yang sebenrnya ek?)
hahaha..

Thursday, November 17, 2011

tAnPa nAmA _ maaf.saya mmg suka berbicara ^^

dengan Lafaz Bismillah...

saLam bLog...

testing..testing... amik mood menulis seketika before aku nak buat keje...

tu dia!!!idea da mai da...ahaks! aku pelik la dgn diri aku sendiri ..
(eh?baru terasa ke..bkn selama ni mmg aku ni P.E.L.I.K ? )

aku ni mmg suka bebicara ke?or orang kata mulut becok..skunk ni laju je destop aku menaip menulis nth benda2 mengarut tapi tak tahu nak share pe kat korang..hahha..mcm kesimpulannya aku ni bkn je byk berkta-kata kat mulut..malah byk kata2 kat penulisan plak..bile pikir2 balik actually aku ni nk jadi pe harrr? dulu aku amik kos engine .. mcm nak jd engineer... (angan2 ku musnah) ...

skunk aku amik kos architecture plak..aku TERangan2 nak jadi architect...pergh!!! tinggi siot cita2 lebih tinggi dari ketinggian ku pulak... then skunk tgh pikir nk letak cita2 'tinggi' ni macam mana ... haish...sila menangisi sekarang ...
T______________T"

tapi bila pikir balik..aku ni suka menulis..nak jadi penulis ke..tapi aku seorang yang kurang atau lebih dikenali sebagai MALAS nak baca.. orang yang suka menulis ,haruslah suka membaca .. mcm arkitek jugak.. kalo orang yang suka nk jd arkitek..errrr .. harus kot suka melukis..
tet tet ..
(xnk berbicara psl arkitek da )
u-u"

tgk..aku da habaq awal2..pe yang aku tulis ni bkn mendatangkan maanfaat pun...haish ckp je byk..menulis pun byk mengarut..kasihan betul sape la yang selalu berada di sampingku selama ini kan? hahaha..mesti pendam rasa nak lempang semata sbb aku ni suka mengarut ...
tet tet
(asal error je minda ni )

ok..lupakan pasal perkataan 'tet tet' tu..lantak pi la..tapi coretan ni masih berjalan lagi..hahha..percaya tak aku masih lagi menaip .. tak berhenti ni..mukadimah 'BAPAK' panjangnya..ntah mende aku nk share pun aku tak tahu .. nk ckp pasal design siang tadi ?
errr... tet tet ...
(error lg..xleh cite psl design tadi la nampakya..)

actually aku nak mengajak korang muhasabah diri malam ni..haha..mau ke?
wink wink ~_^ ..
(eh mcm cahaya keimanan muncul je ni..kena kot topic berbicara kali ni)

jom la kita back to basic..ala..manusia biasa la..bila dah ada musibah skit baru nak muhasabah..baru je dapat 'kuiz' dari Allah.. dah mengelabah semacam trus berjanji nk berubah..

(err macam aku je ni)
T_T

dapat 'ujian' dari Allah lagi la ... mula rajin buat solat sunat la..bc Quran la..zikir la.

(errkk..aku lagi je macam ni)
Y_Y"

tu belom lagi dapat 'FINAL EXAM' ...hah time tu xboley nak ckp la..mmg confirm la 'buku-buku dunia' dah tak buley nk bwk masuk..nk mtk tolong talian hayat pun lagi la tak buley... then kesimpulannya..

so, untuk TIDAK mende-mende ni terjadi kat kita khususnya peringatan kpd orang yang menulis laju je ni (aku la kann..) , amik la konsep 'sentiasa bersyukur' ...

bersyukur ---> alhamdulillah --> segala puji bagi Allah ..
so, perbuatan yang paling mudah untuk kita bersyukur mestilah lepas makan then menyendawa dgn rakusnya..

bluuuweeeeeeeerrrrrrkkk
(aku agak2 je bunyi ni .. tapi aku sedawa secara santun ..^^)

secara tak langsung kita sebut 'alhamdulillah' .. even kita xsedar kita da berzikir..dah dapat pahala..easy kan..Islam tu kan mudah ^^, then bygkan kita makan 10 kali sehari..kita consistent sedawa setiap kali makan 10 kali bunyi berirama keluar, secara total 10x10 = 100!
seratus kali kita sedawa! haish ..bukan nak cite pasal sedawa..

so, 1oo kali kita bersyukur ---> alhamdulillah --> segala puji bagi Allah .. dalam masa sehari je.. bg sesiapa yang suka berfikir.. bila kita fahami maksud alhamdulillah secara tak langsung kita memuji keagungan ilahi dan bagi sesiapa yang suka merendah diri, kita akan melihat betapa kerdilnya diri kita sebagai hamba Allah dan bagi sesiapa yang suka bermotivasi, kita akan cuba untuk membaiki segala kekhilafan diri, dan bagi sesiapa yang sedar dia tu manusia, kita akan kembali semula pada yang asal .. tujuan,hidaf,matlamat,misi,visi,moto,falsafah seorang manusia sbg khalifah di muka bumi ni..so back to basic!!! then dari situ dgn mudah je kita dapat jawab 'kuiz','ujian', 'tutorial' , dan paling penting 'final exam' ...

so.good luck semua ..
kesimpulannya, kira konsep bersyukur tadi small small way je utk muhasabah hari ni ...action dengan cara sedawa .. actually byk cara kita nk bersyukur .. apa yang penting sekarang penyedaran kita sbg seorang manusia di muka bumi ini..maaf. aku mmg suka berbicara ttg mende-mende mengarut.. hope tak de yang terasa or tak senang dengan coretan ini...

yang indah itu datang dari Allah..^^

p/s: sila JANGAN sedawa secara berirama ke facade orang lain..nanti makian secara berender anda dapat ^^

~iRmE~



Wednesday, November 9, 2011

YA ALLAH,
Ajarkan aku MENCINTAINYA DENGAN SEDERHANA,
Ajarkan aku agar LEBIH PANDAI MEMENDAM CINTA,
Ajarkan aku untuk LEBIH MENCINTAI-MU dan KEKASIH-MU.

YA ALLAH,
JAGALAH AKU, dari DOSA DUNIA,
JAGALAH DIA dari DOSA CINTA,
AKU MENCINTAINYA kerana MU,
AKU RELA MELEPASKANNYA, apabila, ENGKAU KEHENDAKI.

AMIN

Tuesday, November 1, 2011

tAnPa nAmA _ " nak kahwin.."

dengan Lafaz Bismillah..

salam bLog...

"ayah, nak cakap ni... nak kahwin..tapi bapak dia suruh hantar tanda dulu..."
...aku duduk sebelah abang aku tersenyum..alhamdulillah..bertambah seorang lagi ahli Keluarga Bahagia...

"bila nak merisiknye..?"
ayah mula berbicara

"masa amik barang..akhir bulan sebelas ni.."
dengan nada yakin..ye la..dah dapat restu dari ibuayah..bahagia la beliau..nak kahwin katakan..

"elok sangat la tu..nanti masa kahwin buat sekali dengan kakak bertunang.." lancar ayah berbicara..

bertunang?haish!

"hah!kakak!dengar tak tu?kakak dah ada calon ke belom?"
ibu mula mencelah sambil tersenyum..

haish!ibu ni..agak2 la..saje je nak kenakan ak..
TT"

"insyaAllah, ada jodoh tu.." perlahan aku tuturkan..

gila!aku macam dah janji je nak bertunang sekali dengan majlis kahwin abang aku ni..
SENGAL!

mana nak cari calon ni!!!!!!

~pengsan seketika~

"kalau kakak bercinta sekarang,boleh tak ibu?"
"boleh!nak kahwin masa belajar sekarang pun boleh!ibu dan ayah sokong"
"betunang dulu pun takpe..ibu izinkan"
"kakak kalau boleh tak nak becinta sebelum kahwin,kakak nak bercinta selepas kahwin..ada lagi tak pemuda macam ni zaman sekarang?"
.....................

bukan aku nak menggedik..mahupun menggatal..aku dah nak neginjak ke usia 26tahun..sepatutnya masa usia aku sekarang..even aku tak kahwin sekalipun..aku dah ada calon..sampai sekarang..aku tak pernah bercinta!macam mana aku nak berbicara pasal kahwin pulak???!!!

aku tahu..ayah dan ibu bimbang tentang jodoh aku..tapi aku tak boleh buat apa-apa..
aku tak ada hak langsung..

jodoh ini..milik Allah..
rahsia Allah...

aku hanya berserah..
usaha?aku usaha dalam menjadi seorang isteri solehah..
buat masa sekarang..aku dah mula mempelajari ilmu tentang rumahtangga..
tapi tak la banyak..
sentuh mana yang perlu je..
huhu..
^^
sape tak bimbang ttg jodoh..aku sudah mula rasa kebimbangan..
lebih2 lagi sekarang adik perempuanku yang muda 2tahun dari aku sekarang sudah ada buah hati...

aku?
'buah hati ku adalah Allah'

entah la..kalau nak berbicara pasal jodoh ni..aku mengalah..tak de hujah..

MAAF~


Saturday, October 29, 2011

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

i_love_you__i_love_you_not____by_ohbradley

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

MENCARI atau MENJADI?

Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Kisah seorang gadis Melayu beragama Islam yang cetek pengetahuan agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah.. mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian...semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Friday, October 14, 2011

ku pendam perasaan ini

dengan lafaz Bismillah...
salam blog ..

♥ ♥ ♥ jika dalam hatimu bersrang teka teki, tentng perasaan hati, menduga perasaan, dan mngharapku menjwbnye, maaf, mungkin itu tidak akan berlaku, kerana kubiarkan ALLAH mnghantar isyarat hatiku kepadamu, ku serahkan pada ALLAH, dan ku kirimkan juga isi hatiku pada ALLAH lewat doaku, mengharap dalm berdoa, bukan mengharap dalam meluah, "buknkah perasaan yang dipendam itu lebih manis? dan lebih mahal?" ♥ ♥ ♥

jodoh itu rahsia Allah .. ~

Monday, October 10, 2011

tAnPa nAmA - surat untuk Allah..~

dengan Lafaz Bismillah..
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., kekasihmu...

ya Allah ..

diri ini ingin meluahkan sesuatu..sebelum itu..ampun dan maaf kerna diri ini amat khilaf , tidak dapat menyelesaikan segala masalah yang membelungi dalam hati ini..tidak pasti apakah perasaan yang sebenarnya .. yang meracau fikiran ini..diri ini hanya memohon ketenangan dariMu,ya Allah...

ya Allah..

syukur kerna diri ini dikurniakan satu anugerah iaitu.. perasaan yang Engkau kurniakan setiap manusia di muka bumi ini..alhamdulillah.. tetapi ya Allah .. ampun kan diri ini ya Allah.. bkn tidak mahu bersyukur dgn perasaan yang Engkau berikan..tapi .. ianya selalu mengundang sakit hati,kacau bilau,ketidak tenangan,runsing..dan sebagainya...

ya Allah..
perasaan ini juga berhubungkait dgn nafsu yg engkau berikan..andai diri ini membiarkan perasaan membuat sesuka hati..maka nafsu turut bermaharajalela sekali...

ya Allah..
diri ini hanya inginkan ketenangan..ketenangan..ketenangan..mungkin kurang dalam ilmu pengetahuan agamaMu, membuatkan diri ini tersasar jauh tanpa pedoman..

ya Allah..
pencarian terhadap cintaMu..masih diri ini usahakan..permudahkanlah diri ini agar dapat mencari kunci cintaMU itu..agar perasaan yang Engkau berikan ini lebih bermakna untuk diri ini mengemudi kehidupan yang penuh dengan pancaroba..

ya Allah...
ampunkan diri ini andai diri ini tidak dapat mengawal perasaan dengan sempurna..diri ini mohon bimbingan dariMu , ya Allah....

sampai di sini sahaja yang dapat diri ini coretkan untuk memberi kekuatan semangat pada diri ini yang terlalu khilaf..

terima kasih ya Allah...




Monday, September 26, 2011

tAnPa nAmA -orang tu TAG aku..~



dengan lafaz BISMILLAH ...
salam BLOG ...

hye!lama tak update cerita dalam blog ni kan? almaklumlah..BUSY sangat-sangat .. (mata ke atas)
actually beberapa minggu yang lalu bru selesai konvo senior2 aku dan tak terkecuali my ADMire sekali hahahaha... pergh .. best student kot beliau ni..pe2 pun..jom tgk gmbar ini...

hahahaha..motif tunjuk gambar?
itulah..da happy sangat karnn...wateverpun..congratz pada semua senior..^^, hope aku konvo esok nak gak bunga..dari secret admire aku ke..eh hade ke?hahahaha..MIMpi ler..
orait.. sampai sini je nak ngarut..esok kalo rajin & ada feeling aku TRY post lagi..nak cite dah tak tahu nak citer pe..banyak sangattttt la cite nye..fullSTOP.


Tuesday, April 12, 2011

tAnPa nAmA ~ uMuR bUkaN haNyA aNgKa SeMaTa...

dengan lafaz Bismillah...
salam blog...

terlebih dahulu..ak nk habaq entry ni menggunakan bhs santai & sempoi..
heheh..
harap maaf..

okeyh!merujuk perkara tajuk kita di atas...
"umr bukan hanya angka semata...."
pe hal plk si comel ni melalut psl umr..nk mati ke?
eh!haruslah ingat mati !supaya kita xbuat jahat..~
da bkk tazkirah..
arghh..
ak nk cite psl umr ni..sbb?hehe..

sbb hari ni besday ak!!!hahaahah..

gile kentang..sengal ubi..bengap susu..show off besday pakai blog! pe kes???relax..jgn gelabah..juz baca je..bkn suh korg kopi n pasta pun..^^,

acually..nerbes gak la masuk tarikh besday ni kan..ye la..opkos kita akn mengira2 umr kita..haha..harus ke?haruslah!!! .. kita cecite la pasl umr nerbes ni.. .. bg ak la...selama ak semakin meningkat dewasa ni
(eceh!)

..ak rse la....(bagi org pompuan la..sbb ak kan comel..kaitan? perlu! )
sambung...
aku rse.. umr yg paling hot spicy umr 5thn,12thn,17thn,21thn,25thn...time tu klimaks dia berbeza...meh ak cecite skit..

umr 5thn.. time tu ak nk mask tadika..so atention tu lebih la..ye la..kanak2 comel nk msk tadika kan..cm ne la nk survive..ye idak? .. tp ak xde memory pun time umo 5thn...sbb otak comel..memory ssh nk kumpul bebanyak..haha..juz atention tu jelas la..exspecially my ibu to me..heheh...
(ank sulung pompuan karnn..)

umr 12thn ... yg ni attention dia len..sbb time ni kita da nk msk remaja..toin..toin..terpisah ngn fmly .. skull... msk asrama...xde cite..kenangan skull..biasa la..^^
(padahal byk sgt bende2 nakal..hahah)

umur 17thn..hhaha..yg ni umr da pertengahn spicy..opkos time ni jiwa remaja mengelodak..ye idak? time tu ak xrecognize sgt jiwa ak ni jenis mengelodak..mengelegak..or meletop..ek?nth!
time ni la..ibu ak n abg2 ak usha ak de pakwe ke tidk,,haha..tp alhamdulillah...ak masih lagi dipelihara olehNya..

umur 21tahun!!!!ahaks!^^..org kata kunci kebebasan ..bebas cm ne?ibu ak kate..bebas nk pilih jln hdp..buat la kptsn sendiri..tp kena rujuk pd fmly gak la..haha..time ni feel len tau..da mcm ala2 dewasa la kunun.. so yg ni fmly usha2 org tnya pasl pakwe evelasting..!aish ..
(terus menyorok)

teng teng teng ..masukla umur 25tahun!!!! da spicy sgt la.. so.. haha..xmo kata la...tp nth..mcm xcaya je... soklan tut tut ...seperti biasa di tnya.. jwpn ak?
^^,
senyum..~

dulu setiap kali org tnya psl umr.. mesti ak selitkan.. 'umr hnya angka semata2' ... tp skunk bile da macam2 ak lalui..so ak tertukar la pikiran..nk habaq skit..'umur angka bermata2' ... sbb?..ye la..makin lama tinggi angka..semakin banyak mata yg kita dapat..

mata pe? haha.. mata amalan , dosa,pahala & watever la...karnnn....so skunk ni xboley men2 da .. sbb mata ni mempengaruhi keddkn kita ni top 10 ke mana di akhirat kelak..okeyh!

sila insap sekarang..^^,

so..pe ak nk buat dgn umr ni ek?azam?matlamat?impian?planning?
hahaha...
actually ak ada gak impian..
ye la..mana ley pikir seronok & enjoy je bro..masa depan kena la pkir gak..

so..pe impian ak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(onLy ALLAH & me je tau..^^,)

rahsia lagi..hahah..haruslah!xpe2..xperlu perhebahkan impian,harapan,matlamat,motto,
kereta ,falsafah,teori,kritikan dan sbgnya la..
yang penting..mcm mana kita nk laksanakan semua tu..menjadi kenyataan..
okeyh!gambate semua!!^^,

pe2 pun..thnks to Allah..dgn umr yg telah di beri...thnks to Allah..sbb diri ini masih lagi terpelihara..biarla hanya Allah sahaja yg memelihara diri ni...

thnks to my parent sbb kerana mereka adanya ak..thnks to abg2 & adik2 sbb menjadi keluarga sbhgn dlm hdp ak...thnks to my beloved fren..sbb sudi menganali diri ini..& menjadikan diri ini menjadi seorg manusia bersosial...thnks to me sbb selalu berusaha menjadi hamba yg taat kpdNya..


ehem..ehem...akhir kata .. thnks to all of you yg sudi wish besday & mendoakan diri ni...ingt ek..umr bkn angka semata..tp bermata-mata..so beware... cubalah amik mata kebaikan selagi kita masih bernafas di dunia ini....



Wednesday, April 6, 2011

tAnPa nAmA ~ waHHH ..~_^

dengan LafaZ bismiLLaH ...

wahh da lama xupdate bLog!!!!

ok.fuLLstOp..da updaTe..sekian

^^

Saturday, March 19, 2011

tAnPa nAmA - muhasabah diri .. ^^,

Dengan lafaz Bismillah..

Salam blog..semoga kalian sihat walafiat sentiasa..apa khabar iman & hati..? ^^, .. sihatkah? erm..iman & hatiku tidak berapa sihat..sungguh!ak dah penat dengan semua yg berlaku dalam hidup aku..tapi aku ttp ingin berusaha..kdg2 air mata ni gugur jua ke pipi..menandakan diriku terlalu lemah..perlukan DIA di sisi..tp adakah aku ni sedar?aku sedar aku mmg perlukan DIA di sisi dulu , kini dan selamanya~ ..... tapi ego ku..egoku terlalu tinggi untuk mengakuinya..ya!aku mmg lemah untuk mengahdapi dugaan ini... nafsu pulak meronta2..rakus menguasai diri..[siGh] ..sangat lemah ..aku perlukan kekuatan..tapi siapa yg akan bagi aku kekuatan? sejurus ingatan ku terus pada DIA ... hanya DIA akan berikan aku kekuatan...~

erm..hajat di hati tidak mahu ingin menulis blog..tapi kucuri masa untuk berkongsi sedikit cerita...kisah yg akan menarik segelintir remaja ..... remaja vs cinta..aish! asyik2 cerita pasal cinta..cinta..cinta...cinta...cinta...cinta....!!!! ^^, .... ingat!kita perlukan cinta untuk meneruskan hidup di muka bumi ini...jangan mendendami cinta..... Allah menghadiahkan cinta pada setiap manusia..just depends pada diri kita sahaja bagaimana cara kita menghargai CINTA yang ALLAH berikan itu ... okay..bebel banyak2 tak guna..
juz baca the great story below...

COUPLE YANG DIBOLEHKAN……
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya….wallahualam

Wednesday, March 2, 2011

tAnPa nAmA - jodoh

DENGAN LAFAZ BISMILLAH...

SALAM BLOG....Hari ni tiada cerita menarik..sekadar meng'copy' & men'paste' kan satu cite ni yang boleh dijadikan panduan bg yang mula berfikir nak cari jodoh macam aku..hehehe..

so after baca kisah ni..confirm mengalir seketika air mata suci korang (bg yg feeling habis la baca cer ni) hohoho...

dan korang akan yakin pada diri korang semula..heheh...macam aku ni..da mula yakin sikit..even dalam hati ni ..

nak menggatal je..tp ak xakan benarkan diri aku terjebak..semoga Allah memelihara aku seperti dulu,kini & selamanya..



Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula

dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama

bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang

curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,

segala perkara yang kita cintai dan sayangi

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...