Tuesday, November 23, 2010


Assalamualaikum semua^^,

Nama kita Nurain Assyifa’. Boleh panggil A-A atau Ain ..Syyyyhhh… kita curi –curi tulis dalam blog mak Ayang kita ni..hehehe..kita nak tulis kisah pertama kita,tapi kita tiada diari..jadi kita tumpang sekejap tulis dalam ini..tak pe kan?^^,

Kita dah lama simpan..akhirnya..

hari tu kan.kita pergi jengjalan dengan keluarga besar kita..yang ikut haruslah abi,umi,abang long dan abang ngah.papa dan mama.ayah teh sorang (mami tak balik sebab ada kerja).ayah E.bonda dan ayah cak.mak Ayang,mak Usu dan Acu.pak Beh.atok dan nekWan.kita pergi ICT kat shah Alam..kita first time pergi sana..selama kita hidup hampir dua tahun la (psst..mak Ayang kita pun 1st time gak..huhu)..macam fantasi!!!kita dah rambang mata tengok lampu berwarna warni..kita tak jalan dengan keluarga kita,tapi kita jalan sorang-sorang.rimas la pegang-pegang tangan ni.tapi keluarga kita tetap risau..ada saja yang ikut kita dari belakang..tapi kita tak layan..ikut kita la kita nak pergi mana kan?kan?kan?^^,

Ramai orang !!ada yang datang berkeluarga,ada yang datang dengan ehem..ehem..abi dan umi?huh?kita tak layan mereka berdua..ala..abi dan umi pun nak berduaan juga..kita bagi green light malam tu kat abi dan umi untuk berjalan berduaan..abang-abang kita?huh?diorang lagi la tak ingat dunia..abang-abang kita suka berlarian kat situ..macam budak-budak..malu kita..~diorang jalan dengan ayah Teh…kita tetap jalan sorang..kadang-kadang ayah E dan mak Ayang guide kita..ada je amaran dari diorang …”a’in,jaga-jaga ada bukit..” “a’in,jangan laju sangat”..aish~a’in tu’’a’in ini la..kita tau la membreakkan diri..kasut kita ni tak haus lagi..tapi kita tetap ikut arahan tu..sebab kita taknak jadi anak sedara yang derhaka…

Ada kisah kat situ..masa sampai kat sana,kita terdengar abi bercakap dengan mak Ayang kita..dan tunjuk sesuatu kat mak Ayang kita..kita ni curious la nak tahu kan..(sifat semulajadi perempuan dalam diri kita)..Astagfirullah..kita terkejut sebab ada orang pakai tanduk setan di atas kepala ...dah la orang perempuan,bertudung pulak tu..kita tengok abi kita da masam gila..tapi … kita perasan la abi kita kurang agresif la malam tu..umi kita je tarik-tarik abi pergi sana sini..hurm…~

Ada lagi kisah..masa kita nak teruskan perjalanan,kita cari jugak mana umi kita ni..tengok-tengok umi kita muncul pastu senyum-senyum..kita pasang la telinga (confirm umi kita mesti cerita punya kat kaum-kaum hawa keluarga ni ) “ kak long pergi mana?” “ kaklong pergi sana, ingat ada tempat menarik,rupanya kat sana tempat gelap .kaklong ternampak ada orang nak buat project , tapi tak jadi..hahhaa..” … hurm..dunia..dunia..sekarang dah tiada sekelumit perasaan malu kan? “along!apa lagi..tangkap la..dibawa khas dari JAIS” … kita tengok abi kita hanya senyum dan masih lagi tidak bermaya…hurm..~

Kisah-kisah tu macam biasa je berlaku sekarang..mungkin la pendedahan tentang agama sekarang kurang..semoga Allah sentiasa memberi hidayah pada mereka.amin W^^W…

Kita tak penat lagi..kita masih teruskan perjalanan..kita masuk bahagian safari..memang seronok..kita sentuh semua patung-patung binatang kat situ..(pstt bukan kita je..mak-mak sedara kita pun..)..abang-abang kita sebut satu persatu patung ,tapi kita malas nak sebut..sebab kita pemalu..^^,

Kita nak cerita pasal apa lagi ek?erm..tak pe la..enjoy dengan gambar-gambar kita ek..


ini lah keluarga besar kita^^,y

salam,kita nurain assyifa'

^^,y

^___________^y

bersama mak Ayang kita
mak Ayang & mak Usu
Abi,Umi,abg Long,abg ngah & kita ^^,

hye ^^, *bLusHing
^^,

okaylah..kita harap dapat pergi lagi kat sana...kita suka tengok lampu manyak-manyak..apapun kita enjoy~^^~

oh ya..kita dah tau kenapa abi tak agresif..sebab abi baru uruskan jenazah sebelum keluarga besar kita ke i-City ni..abi tak sempat mandi terus pergi..patutla..eeeee~

time kaceh ye mak Ayang..^^,

jumpa lagi..da..~


Monday, November 15, 2010

tAnPa nAmA - kisah CINTA tragis,manis, dan kempis

Dengan lafaz Bismillah...

Salam blog...

~^^,eHeM..eHeM..nak baca ke entry ni?hahha..tak habis - habis aku sebarkan cerita CINTA.. sebenarnya cerita ni menarik di hati..fitrah manusia memang tak dapat lari...semua kisah aku nak kisahkan ni bukan rekaan semata..berdasarkan pengalaman teman dan penglihatan aku semata..
sebelum itu..andai ada yang terasa,maaf di pinta..ini sekadar renungan bersama..andai ada tak puas hati..maaf di pohon..ini sekadar selitan episod hidup bersama..andai ada kekurangan...maaf di susuli...sesungguhnya yang sempurna itu datang dari Allah ~^^,

kisah CINTA tragis
kisah ini aku klasifikasikan sebagai kisah CINTA tragis sebab..memang tragis la T______T". tentang kawan aku..bukan..tentang kawan baik aku..Z (bukan nama sebenar)
kawan baik aku dunia dan akhirat...
Z ni tak pernah bercouple...bukan anti lelaki..tapi tak de nafsu ketika itu untuk bercinta..sehingga masuk universiti pun masih single rider lagi..Z bukan tak cantik..cantik..(kawan2 aku semua hot2 tau ^^) tapi Allah tak bukakan hati dia lagi untuk bercinta..dia pun waktu tu malas nak pikir..yang penting dia study..(dengar adik2 yang masih belajar..jgn bercinta time belajar k~aku pun sama..dush! *_* ~pengsan seketika~)
sambung alik..
nak dijadikan cerita..Z pun habis belajar dan bekerja di sebuah syarikat M (identiti dirahsiakan)
kerja punya kerja...ada la seorang mamat A (bukan nama betul) ni minat Z..bujang trang trang trang..tapi Z tak da hati kat dia..hati ini tidak boleh dipaksa..heh? kerja punya kerja lagi..sebulan dua berlalu..Z pun berhenti kerja kat tempat situ dan bekerja tempat lain..orang cantik dan muda..mesti la ramai peminat kan? so ada la sorang mamat F (nama tipu) ni minat Z..TETAPI malang sekali F sudah berkahwin..Allah Maha Berkuasa..kita tak dapat tolak takdir..Z pertama kali terbuka hati untuk menyukai seseorang...sayang yang amat dalam terhadap F tu..
U_________________U"
tak tau nak cakap macam mana..Z tewas..Z menjalinkan hubungan dengan F seketika..walaupun seketika..ketika Z cerita pada aku..memang dia jatuh cinta pertama kali..pada F..dan Z mengeluh..mengapa cinta pertama dia adalah suami orang..? semoga Z tabah...akhirnya Z mengambil keputusan memutuskan hubungan dan mencari kerja di temmpat lain..
kesian Z...
Y_Y"
aku sentiasa doakan Z tabah..ingat senang ke nak handle perasaan cintan cintun ni?
aish !

kisah CINTA manis
hohohoho..belum cerita lagi aku dah terasa manis...yum..yum..eh?sila senonoh skit..^^,...ni kisah tentang abang aku nombor ehem ehem ..nama di rahsiakan..hahaha..waktu kat U dulu..abang aku nombor ehem ehem ni pernah cerita..dia bukan tak nak bercinta ...(see?abang aku nombor ehem ehem yang pendiam ni pun nak bercinta tau..~^^,comel di situ) tapi.. disebabkan kawan dia pernah sound seperti ini..
Lagak spt sarip dol -
" wei ehem ehem .. engkau kalau nak bercinta, jangan mimpi la..kena ada duit dan kereta dulu, baru awek nak dekat.. "

-selamba lipan kaki lapan je sound abang aku nombor ehem ehem (nee) macam tu..so dengan rasa rendah diri nya..abang aku (nee) pendamkan perasaan yang membara menjiwa ni.. abang aku (nee) bertungkus lumus menghabiskan study beliau..

Sebenarnya..ada seorang gadis kecil molek minat kat abang aku..gadis sederhana..mereka jumpa sebab persatuan..dan ada la kisah2 kot..hahha..(tak nak cerita di situ) tetapi...gadis kecil molek ni tak pernah luahkan pada abang aku (nee) dan abang aku pun minat gadis kecil molek tu jugak..so sama-sama pendam rasa...^^,comel di situ~

Gadis ni even suka pada abang aku tapi dia tak suka bercouple..sebab nanti ada mata memandang mereka..habis grad..selepas dua tahun baru mereka berhubung semula..dengan gentle malas nak ayat-ayat , abang aku cakap terus terang ajak bercouple. Sebelum ni ada la abang aku bagi hint tapi tak jalan sebab gadis tersebut blur tentang cinta..biasa la..abang aku tak pernah bercinta (mengayat member dia yang ajar..^^,) gadis ini pun..so tak tau macam mana permulaan percintaan di situ..heh?

sekarang..alhamdulillah..abang aku dan gadis tersebut akan berkahwin..insyaAllah tahun depan..^^, ... yang manis sekali..diorang tidak ketara sangat mabuk bercinta..sempoi macho cun cara diorang bercinta..dan nampak la tujuan misi motto matlamat diorang nak kahwin sebab apa..~ bukan kerana nafsu cinta di dada..tapi kerana hidup berkeluarga menunaikan ibadah padaNya..alhamdulillah..~

kisah CINTA kempis
aku pun tak tahu kenapa aku menggelarkannya kisah CINTA kempis..erm,,layan je la..cerita tentang member aku jugak,..S (bukan nama benar) ..seorang gadis islamik yang sentiasa pandai menjaga diri dan agama..namun kita hanya insan biasa..dia juga pernah jatuh cinta..pada kawan sekelasnya..mereka bercinta sekadar untuk ingat mengingati membataskan apa yang di beri..namun kita akan di uji..akhirnya kasih mereka putus di tengah jalan dan S sekarang bakal berkahwin dengan pilihan keluarga...S sangat baik..tapi dia seorang gadis seperti aku memiliki halusi perasaan yang ingin di cintai dan mencintai..S tetap pasrah..itu sebagai ujian CINTA dariNya..S..semoga bahagia di bawah naungannya..^^,

semoga kita mendapat iktibar dari 3 kisah di atas..
W^^W
~amin~

~iRmE~



Sunday, November 14, 2010

tAnPa nAmA - bErdoA

Dengan lafaz Bismillah..

Salam blog..

Aku perlukan Dia sekarang..tapi sayang aku 'cuti' pulak..so nak mengadu pada Dia susah la skit...stress..memang stress..tadi ada sesi luahan rasa pada lecturer..secara jujurnya aku tak terniat nak cakap macam tu..aku cuma tak puas hati 'pejabat' lecturer aku tu ..jauh sangat..nak balik zaaba..alang2 aku pergi sana baik aku balik bilik tidur..

tapi memang banyak kelemahan diri pada aku..terlalu banyak..dan kalau boleh..aku tak nak extend!!!!!!seriusly..memang aku tak nak..bazir umur aku kat sini..bila pulak aku nak kahwin?
huh?
T_T"

walau bagaimanapun..aku memang berharap keputusan yang baik..tapi andai aku di takdirkan...oh tidak!!!!
U_U'..
tak nak!!!!

memang tak nak...
memang tak nak...
memang tak nak...
Y_________Y"

ya Allah...
Begitu sukar hidup ini..
Bila aku mahu tetapkan hati untuk berjaya
Terlalu banyak tekanan melanda
aku tidak mampu ya Allah..
terlalu berat..
sangat...
aku tidak mampu...

(nangis lagi di situ T_T")

kos architectecture memang susah..
susah bagi aku budak civil..
yang selama ini train mengira..
tup2 kena pikir pasal design..

"takde dalam hidup ini senang Tantan"
"nak berjaya kena berusaha"
" u have to paksa diri u"
"Allah tak kan bagi ujian itu selain hambaNya sanggup hadapi"
"La tahzan Tantan"
"Be strong..."
"jangan berputus asa"

U_____________________U"

~iRmE^^,

Saturday, November 13, 2010

tAnPa nAmA - trade mark yg selalu aku dengar..

Dengan Lafaz Bismillah...

Salam blog..(tanpa di sangka mata sudah mengantuk..) hahahaa..alhamdulillah..hari2 yang nazak sudah berlalu..kini aku menunggu 'keputusan' tersebut..aku berharap..sangat berharap..mendapat 'keputusan' yang menggembirakan..seriusly memang aku terlalu tertekan minggu ni..nak siapkan drawing la..design la..nak cari maklumat lagi..tapi semua tu tak menghalang aku untuk meng'online'
hahahaha sekali lagi ~^^,

Hidup mesti dengan penuh bernikmat..so nikmati semua yang ada..tak nak membebel pasal nikmat hidup ke apa..aku nak cerita pasal sesuatu..hahaha..aku mendapat spirit dari seorang member aku..beliau pun aktif dalam menulis blog ni..so aku terasa tercabar ingin menulis menulis terus menulis...aish..membebel lagi..ok2..tak nak cerita pasal menulis..

aku nak cerita pasal trade mark...

"sengal melantun-lantun"
"eh?hang pasai pa.."
"hah?bye,,,"
"sadis betul"
"geram betul"
"senget"
"diamlah kau"
"aku lemapang kau karang"

huhuuhu..tu baru sikit je..semua trade mark tu hasil luahan dari studiomate aku..aku?aku layan je budak-budak ni..biasa la..budak tak matang....aku lagi?tentulah aku matang..*wink~

ok la..simple waras tajuk ni..dah nak chow..trimas sebab sudi menghabiskan masa membaca entry ini...

yang indah datang dari Allah~^^,

iRmE~^^,


Tuesday, November 9, 2010

tAnPa nAmA - agak tertekan

Dengan lafaz Bismillah...

salam blog...

Lately ni aku terlalu busy melantun-lantun sebab banyak kerja yang perlu disiapkan..banyak kerja tapi boleh lagi tulis blog?hohohoho...masa itu hak aku..so,aku tulis or tak, hak aku ~^^,..aku amik masa ni pun nak hilangkan serabut dalam kepala ~

agak tertekan la..sampai rambut pun boleh gugur..nak submit macam-macam..seriusly memang aku rasa aku terlalu lambat pickup but..ntah la..susah nak cakap..kerja banyak tak kisah la..biasa-biasa ala sengal terbiasa..ni aku nak tertekan pasal yeop aku ini..2,3 hari ni,asyik memutih je kerja..dah la aku nak siapkan autocad assignment pulak tu...dah pandai ngada-ngada..kena pujuk...kadang-kadang aku terpaksa cakap " yeop sayang..please la tolong jangan buat cam ni..kasihan daku yeop..." eh?geram tak geram ~emo di situ..manusia kena pujuk benda tak bernyawa..korang paham perasaan aku kan?nampak macam sewel la..tapi itulah hakikat..suratan atau kebetulan, si yeop kembali normal seperti biasa..SENGAL!time tu aku rasa nak maki je..tapi aku sabar..nanti di buatnya tak hidup langsung susah plak aku..aku buat kesimpulan ,si yeop ni KURANG KASIH SAYANG dari aku.aku kan busy..mana la aku nak belai-belai dia sentiasa..errr..BOLEH BERAMBUS!rasa terabai konon..habis aku?sapa yang nak ambil tahu?huh?
kisah si yeop berlalu dengan penuh SABAR... kisah cik Ti plak menambah lagi kesabaran..cik Ti buat hal..wahai cik Ti..aku perlukan TUBUH mu untuk aku buat kerja CAD aku..aish!kenapa la minggu ni semua macam mencabar kesabaran aku je..aish..

SABAR TANTAN~
(down di situ)
T____________T"

Note : si yeop - sejenis laptop
cik Ti- sejenis tetikus

~iRmE~^^,



Sunday, November 7, 2010

tAnPa nAmA - aktiviti 'baikpulih' bilik

Dengan lafaz Bismillah...

Salam blog...

masalah betul aku ni..bila dah start menulis..mula la nak menulis benda-benda mengarut..even yang ni tak penting pun , aku tetap nak story kat korang..
melantun-lantun!^^,

hari ni aku dah mula terperasan..bahawa..bilik aku dah 'sakit'..so malam ni aku kena 'rawat' bilik aku..mana yang perlu di beri 'suntikan' aku akan beri..eceh!!

tHInkinG :- 'macam mana la rumate aku duduk dengan aku selama ini ek?selesakah?'

jujur lah..memang aku busy tahap gaban..bukan nak kata apa..err..memang lah..hehehe..okay..sekarang aku nak mulakan buat treatment kat bilik aku..

1st : aku kena mop lantai (gila!kenapa plak?)
2nd : aku kena lipat kain...(err...mana satu baju kotor,mana satu tidak ni?T_T")
3rd : kemas meja study..(mak oi!buku berhabuk tahap lipan!)
4th : lap mana sudut-sudut yang berdebu (err...tak sampai la sawang..)

okay..dah settle baru aku PLAN nak buat kerja landsape aku pulak..tapi...
.
.
.
.
.
.
.
.
mata aku mula ngantuk ni..argh!!!!!!aku kena kuat..DUGAAN..DUGAAN...

FeeLinG :- be cool tantan...anak setan je yang kacau kau tu..boleh lawan..lawan...lawan...

aish!

~iRmE^^~

Saturday, November 6, 2010

tAnPa nAmA - mEngGeLaBaH bETuL miNaH ni?

Dengan lafaz Bismillah..

Salam blog..

sekadar berkongsi satu kisah,semoga jadikan ia satu teladan..eceh!~^^,

nampak gambar di atas?so ,sila baca my blog ni dengan serba kemarahan....(tapi ,marah itu syaitan..tak elok amalkan...~^^,) by the way ...cerita ini memang menimbulkan 'kerimasan' (lebih beradab kot guna perkataan itu) ... skroll ,camera , 3,2,1..action!


Suatu pagi yang hening, si rakan A (bukan nama sebenar) datang menziarahi si rakan B (nama perlu dirahsiakan) .Almaklumlah..rakan A ini sudah habis exam.Manakala rakan B, walaupun habis exam tapi project nya berlambak masih belum disettlekan lagi (eh?banyak kerja tapi boleh luangkan masa tulis blog?U_U")

sambung balik...rakan A datang ke bilik rakan B,

situasi 1
(memberi salam sambil mengetuk pintu bilik dengan kuatnya)

"Assalamualaikum!!..ooo!!!..assalamualaikum!!!!...ada orang tak!!?rakan B!!!..rakan B.!!!."

komen: perhatikan ayat di atas..semuanya tertulis tanda seru.menandakan betapa KUATNYA suara rakan A ini menjerit sambil mengetuk PINTU bilik.kesian rakan B kebetulan malam tadi rakan B tidur lewat..kesian T__________T"

situasi 2
(rakan A berjaya menyelinap masuk ke bilik rakan B..akhirnya..T_T")

"Eh,kau..baru bangun tidur?wei!anak dara apa ini?masih tidur lagi?kau solat subuh tak?bla..bla..bla..bla..bilik kau bersepah sangat ini?kau tak ada masa langsung ke nak kemas?bla..bla..bla..bla..baju kau lipat kat mana?aku nak tengok baju kau dalam almari ini..bla...bla..bla.."

komen : perhatikan ayat di atas..tertulis perkataan 'bla..bla..bla..' actually kalau di zoomkan perkataan itu, sebanyak 120patah perkataan di situ..tak sanggup nak tulis..so singkatkan je !_!"

situasi 3
(rakan A mengajak rakan B makan lunch,tapi dengan syarat rakan B perlu belanja -_-")

"kau belanja la ek..aku kan kawan kau..sekali sekala apa salahnya.."

komen: bila masa rakan A datang sekali sekala?rakan A selalu terjah..time rakan A plak tak de duit..pandai rakan A dan setiap kali rakan A datang rakan B belanja.kalau makan kedai mamak ok gak..ni belanja pizza!!!T____________T"

situasi 4
(kembali ke bilik sebab rakan B perlu menyiapkan tugasnya yang bertimbun)

"kau ni asyik busy je memanjang..kenapa?orang lain pun busy gak?hebat sangat ke course kau stdy ini?bla..bla..bla..."

komen : 'bla..bla..bla ' - 120 patah perkataan

situasi 5
(rakan B tak boleh tumpu pada kerja,so rakan B menulis blog)

"eh?kau tulis blog?sejak bila?pandai ke kau tulis?bukan kau memang tak de bakat langsung ke?berapa followers kau?mesti sikit kan?aku pun ada blog jugak..eh..sekarang kau sedang tulis apa tu?bagitau la aku sikit..kita kan kawan.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
rakan B berkata ,

"AKU TULIS BLOG PASAL KAU LA NI..MENGGELABAH TAK TENTU PASAL..DAN AKU POST KAT FACEBOOK AKU..RAMAI GAK ORANG BACA..AKU TAK PERLU FOLLOWERS PUN..KAU NAK BACA KISAH KAU TAK?KAU MASUK BLOG AKU
tantan.blogspot.com

p/s : jangan jadi rakan yang menggelabah...~^^,y..hope aku dapat menjadi rakan yang baik..W^^W~amin,,sesungguhnya yang indah itu datang dari Allah^^

wassalam,

~iRmE^^~






tAnPa nAmA - aLa cOmEy^_^y

Dengan lafaz Bismillah..
salam blog..

Firstly sesiapa yang kurang matang tidak dibenarkan membaca kisah ini..sesiapa yang pra-matang..baca separuh sahaja..dan sesiapa yang matang sampai sudah masak sangat2..boleh baca tapi dengan satu syarat..

ala comey~^^
aish!!!!gedik betul aku ni..macam lah ada orang nak baca cerita kamu...arghhhh..hidup kena selitkan secebis sifat perasan!baru la orang akan perasan pada kita..ok2..skroll..camera..3,2,1..action!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kalian semua pernah terfikir mahu berkeluarga enggak?
pelemPANG!!apa hal tershashul bahasa lain ni?soory-soory..
mungkin malam ni aku letih sikit..ye lah..baru je selesai majlis sambutan birthday
ibu aku yang ke-58 tahun..selamat hari lahir ibu..semoga panjang umur,sentiasa dirahmati Allah..amin W^_^W..

okay.sambung balik.aku nak tulis cerita sikit tentang satu keluarga.so pada yang berniat mahu berkeluarga..hayati cerita aku ini..ini cerita..bukan cerpen..

Keluarga ini merupakan satu keluarga yang besar.ada 7orang lelaki,dan 3orang perempuan 'hasil' cinta dari dua jiwa sejak 31 tahun yang lalu....
pada awalnya..hubungan kekeluargaan diantara keluarga ini tidaklah terlalu rapat.almaklumlah..ketika itu..'isi-isi' keluarga itu semuanya sedang mengejar cita-cita.
kebanyakannya pula duduk di asrama..jadi masa muda lebih dilakar bersama rakan seperjuangan...keluarga?mereka rapat..tapi tidak lah sehingga buat satu perjumpaan tiap2 minggu seperti sekarang..

tahun demi tahun berlalu..pertambahan ahli keluarga baru berlaku..seorang demi seorang berkahwin..anak pertama,kemudian anak kedua,anak ketiga menyusul..rezeki semakin bertambah dengan anak keempat pula mendirikan masjid...ketika ini anak kelima sedang dalam process...
Baru-baru ini,satu perjumpaan besar-besaran berlaku ,walaupun keluarga ini selalu berjumpa,tapi, yang ini dikira paling istimewa sebab majlis sambutan hari lahir 3orang ahli keluarga ini turut disambut.pelbagai aktiviti yang dirancang pada hari tersebut..aktiviti dirancang seawal pagi dan dijangka tamat selewat malam.antara aktiviti seperti sukaneka,bbq night,acara potong kek,acara penyampaian hadiah sukaneka, acara penyampaian hadiah birthday pada 3orang ahli tersebut dan acara terakhir!acara membuka hadiah beramai2..
(eh?kira acara juga ke ??)
ala comey~^^

sukaneka berlangsung selepas usai solat asar dan semua ahli keluarga terlibat..tiada alasan..6orang pasangan yang terlibat dimana masing-masing memegang title laki-bini..bayangkan..mereka-mereka ini dah berkahwin..umur dah masuk 30-an .main sukaneka lagi..
ala comey~^^

dan yang paling sporting sukaneka ini turut disertai oleh ibuayah mereka..meriah..kanak-kanak kecil tak turut serta sebab masih bawah umur..lagipun aktiviti diorang pun cukup mencabar
kutip gula-gula!!!

korang nak tahu tak diorang main sukaneka kat mana?errr.....padang bola..time itu ada pulak game..so dengan selamber sempoi nya..diorang main kat situ..siap ada wisel lagi..wisel pertama ditiup , start game..wisel kedua dah tak berbunyi sebab tak sampai hati nak ganggu pemain bola sepak kat sebelah padang .... asyik outside!!!tak kan lah setiap masa outside!!!so lebih baik mr wisel senyap selamanya..aktiviti tamat sebelum magrib..masing-masing berkonvoi gerak ke destinasi untuk meneruskan aktiviti ke-2 bbq night!

Mereka solat magrib berjemaah.di imam oleh si anak sulung..alhamdulillah..anak sulung (lelaki) menjadi manusia berguna..yang boleh menjadi imam pada ahli keluarganya..di azan oleh anak bongsu (lelaki)..alhamdulillah..walaupun masih lagi berusaha untuk membaiki diri,tapi tidak mengecewakan..di belakang barisan berdiri teguh kaum hawa, menjadi makmum yang setia..insyaAllah..~^^..alunan surah si imam mendayu-dayu..kedengaran selingan suara si kecil mengikuti bacaan surah..subhanaAllah..si kecil yang berumur 4tahun membaca surah al-fatihah dengan berlagu seperti abi nya...sungguh sempurna!! selesai solat,majlis salam menyalam meminta maaf (takut-takut time sukaneka tadi ada yang tak puas hati)
ala comey~^^

kaum hawa terus menuju ke dapur menyiapkan makan malam.begitu tekun dan bekerjasama di antara mereka.hubungan sangat rapat.hubungan keiparan amat menyerlah sekali.sekali -sekala kedengaran gelak-tawa bukti mereka rapat!anak-anak kecil?bermain sesama sendiri..kaum adam bergerak menyiapkan bbq..

Best ke bbq night ini?mestilah best..bayangkan..bakar kerang,jagung,kentang,ikan,pergh!memang best tahap gaban..time bbq night,ada selitan acara pula..acara teka-teki dari si ayah dan si ibu untuk anak-anak..riuh memberi jawapan..kadang-kadang..jawapan sengal yang terkeluar..

badan kecik ,kepala besar?apakah?
-ikan bilis pakai topi keledar-

sengal!
habis makan malam..acara yang ditunggu..sambutan hari lahir 3orang ahli tersebut..anak ketiga lantas mengambil gitar..semua ahli-ahli keluarga menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu"..dan bacaan doa dari si sulung memohon semoga majlis diberkati diikuti dengan ucapan dari 3orang yang dirai...
acara memotong kek..disertai dengan pemberian hadiah birthday oleh setiap ahli keluarga yang lain...dan juga penyampaian hadiah sukaneka.
majlis belum bersurai..terlalu sukar untuk meleraikan 'ikatan' pada hari itu..
mereka berbual-bual..berkongsi cerita...dan
akhirnya...
majlis perlu disuraikan..oleh kaum adam..terpaksa!kalau kaum hawa ni bersembang!alamat kalah lah chatroom!!!
ala comey~^^

keluarga ini akan berkumpul tetap berkumpul dan selamanya akan berkumpul...kepada yang baca secara bersyarat tadi...marilah kita doakan keluarga ini sentiasa di berkati oleh Allah..
amin~W^_^W~

Pendapat Tan-tan,
1-aku rasa kalau kita nak berkeluarga, lebih afdal berdoa sekarang..keluarga apa yang kita mahukan..walaupun seruan kahwin itu belum hadir lagi..tak mengapa..asalkan Allah tahu kehendak kita dan Allah akan menolong kita..insyaAllah..

2-si kecil membuatkan aku tersentuh dan mahu menyentuh!adakah dulu aku seperti dia??..aku doakan dia akan sebegitu sehingga dewasa..amin~

3- doa amat penting dalam hidup..nilai-nilai Islam perlu di gilap semula..si sulung menjadi tonggok utama..kalau aku lah..aku mahu anak pertama lelaki.. eh?gatal! *bLusHinG~

4- apa yang penting..keluarga itu penting..sebuah masyarakat yang baik ,bermula dari keluarga yang sempurna..tidaklah sempurna mana yang aku minta..asalkan agama tidak diketepikan...

sampai sini dulu..soory kalau ada yang terasa..sesungguhnya yang indah itu datang dari Allah~^^,

wassalam,

~iRmE^^~